Keputusan untuk membida Sukan Komanwel 2022 bergantung kepada persetujuan kerajaan memandangkan penganjuran temasya itu melibatkan kos yang sangat besar, kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Presidennya Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata MOM bersedia untuk membida acara sukan empat tahun sekali itu jika kerajaan bersetuju.
"Saya percaya Malaysia berupaya menganjurkan Sukan Komanwel sekali lagi kerana kita pernah berbuat demikian pada 1998.
"Dengan fasiliti yang sedang dibina (dan ditambah baik) bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, kita berada di landasan tepat untuk menjadi tuan rumah yang baik bagi Sukan Komanwel," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM yang berlangsung selama tiga jam di Wisma OCM di sini pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada keputusan kerajaan kerana MOM tidak akan meneruskan bidaan tanpa kebenaran kerajaan.
Persekutuan Sukan Komanwel pada Isnin melucutkan hak bandar raya Durban di Afrika Selatan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2022 susulan kegagalan demi kegagalan bandar raya itu menepati tarikh akhir serta masalah kewangan.
Akhbar harian British, The Guardian melaporkan bandar raya Birmingham dan Liverpool di England berminat menganjurkan temasya itu bagi menggantikan Durban selaku tuan rumah.
Bandar raya Queensland di Australia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2018 yang dijadualkan dari 4 hingga 15 April tahun depan.
Dalam perkembangan lain, anggota lembaga pengarah MOM bersetuju untuk mncadangkan dua perkara utama pada mesyuarat Exco Persekutuan Sukan SEA (SEAGF)pada 21-22 Mac ini, di sini.
Dua usul itu ialah penubuhan Panel Timbang Tara Sukan Sementara bagi memutuskan sebarang pertelingkahan perundangan semasa Sukan SEA Kuala Lumpur dan juga pembentukan Suruhanjaya Penyiaran bagi memastikan pihak terlibat berkongsi keuntungan daripada pelaburan mereka selain memastikan penyiaran lebih baik.
"Singapura telah meletakkan standard yang tinggi dari segi penyiaran semasa Sukan SEA 2015 dan kita perlu setara atau lebih lagi berbanding mereka," katanya.
Tunku Imran berkata setiap anggota SEAGF dibenar menamakan calon dari negara masing-masing untuk menyertai panel timbang tara sukan sementara pada mesyuarat itu namun kerusi pengerusi pastinya diisi oleh Malaysia memandangkan Kuala Lumpur adalah hos temasya yang dijadualkan pada Ogos ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bekas pemain badminton kebangsaan Wong Choong Hann telah dipilih sebagai Chef-de-Mission kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Belia 2017 yang dijadualkan dari 19 hingga 23 Julai ini di Bahamas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
TUNKU IMRAN: Saya percaya Malaysia berupaya menganjurkan Sukan Komanwel sekali lagi.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin
Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Olimpik Paris: Johnathan atlet ketiga negara layak secara merit
Penembak negara, Johnathan Wong, menjadi atlet ketiga Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Belanjawan 2024 mesra industri sukan - MOM
Belanjawan 2024 ambil kira keperluan semua lapisan keluarga sukan negara, kemuncaknya peruntukan RM20 juta untuk program 'Road To Gold'.